KUALA TERENGGANU: Seorang remaja lelaki nyaris lemas apabila hanyut ke tengah laut sebelum diselamatkan nelayan di Pantai Pandak, Chendering kira-kira pukul 9 pagi tadi. Difahamkan, mangsa berusia 17 tahun itu datang ke kawasan berkenaan untuk mandi-manda bersama ahli keluarga dan datang bercuti dari Melaka. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata, mangsa berjaya diselamatkan nelayan yang kebetulan berada di kawasan sekitar itu. “Keluarga itu dikatakan sedang…