Raja Muda Perlis ketuai Eks PerBah 2024 - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis ketuai Eks PerBah 2024

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau bagi mengetuai Eks PerBah 2024 hari ini - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selamat berangkat tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah bagi mengetuai Lawatan Kerajaan negeri ke Sabah (Eks PerBah) hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Mohd. Shoffian Mohd. Said dan mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Tan Sri Datuk Liew Yun Fah.

Baginda diiringi sama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Muhd. Khair Razman Mohamed Annuar, Pegawai Kewangan negeri, Zepri Saad serta dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Asrul Aimran Abd Jalil dan Razali Saad.

Turut serta ialah Hakim Mahkamah Tinggi Kangar, Dr. Arik Sanusi Yeop Johari dan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Program lawatan tahunan itu bertujuan untuk memberikan sokongan institusi raja serta negeri Perlis bagi menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan untuk meningkatkan moral dan semangat kepada pasukan keselamatan yang melaksanakan tugas di perbatasan negara.

Hubungan Kerajaan Negeri Perlis dengan Kerajaan Negeri Sabah sentiasa dapat dieratkan dalam menyokong usaha jiwa murni dan titian kasih khususnya terhadap penduduk Sabah yang berada di kawasan gerakan pasukan keselamatan.

Pelaksanaan program ini saban tahun juga secara tidak langsung dapat memberi pendedahan pelaksanaan serta cabaran tugas gerakan pasukan keselamatan di sempadan perairan negara kepada ketua-ketua jabatan dan agensi serta pihak swasta yang menyertai lawatan ini.

Delegasi dari Perlis juga akan melaksanakan tugas-tugas amal bersama rakyat negeri Sabah melalui beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di beberapa lokasi terpilih.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya