Pupuk sifat toleransi beragama elak kejadian stoking kalimah Allah 

Pupuk sifat toleransi beragama elak kejadian stoking kalimah Allah 

DATUK SERI MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menggalakkan peningkatan toleransi beragama diyakini dapat mengelakkan kejadian menyaksikan pihak tidak bertanggungjawab menjual stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT, baru-baru ini.  

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, melalui pendekatan itu, ia memerlukan pemupukan sifat saling hormat-menghormati, persefahaman dan penerimaan dalam kalangan penganut agama lain. 

“Negara kita berada pada satu persimpangan yang penting yang mana perpaduan bukan hanya satu kebaikan, tetapi keperluan strategik. Dengan bersatu hati sesama kita, mengatasi jurang agama, etnik dan budaya, kita pasti dapat memanfaat kekuatan kolektif tanah air ini.

“Terdapat garis merah perlu sentiasa diperhati dan dihormati. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha ini, kerana ia melengkapkan individu dengan pengetahuan dan empati yang diperlukan untuk menghargai kepelbagaian agama.

“Pemeliharaan keharmonian beragama menjadi tonggak kestabilan dan kemajuan masyarakat. Kepentingan menjaga keharmonian ini usahlah dipertikai, kerana ia bukan sahaja memastikan kewujudan bersama secara aman, tetapi juga memupuk rasa perpaduan dan kekuatan kolektif dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Mohamad mengingatkan isu tersebut bukan melibatkan kaum dan politik, sebaliknya, ia adalah isu agama yang secara langsung menghina dan mencemar kepercayaan umat Islam di seluruh dunia. 

Menganggap isu itu sebagai melampau, beliau percaya, perkara sama turut akan terjadi kepada penganut agama seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu, Konfusianisme, Tao, Sikh dan sebagainya.  

“Gelombang rasa tidak puas hati dan kemarahan yang tercetus bukanlah sesuatu yang tidak wajar. Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan untuk memelihara dan melindungi agama dalam apa jua cara.

“Apabila ada yang menjentik kepercayaan dianuti, mereka juga akan melakukan apa yang perlu bagi mempertahan kepercayaan masing-masing,” katanya. –UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN