KOTA BHARU: Permintaan pulut ayam yang naik sekali ganda menyebabkan seorang peniaga di Pasar Gok Kapur di sini tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan tersebut sepanjang bulan Ramadan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Rosnani Mat, 31, berkata, sepanjang Ramadan dia menggunakan 40 kilogram (kg) beras pulut dan 80 ekor ayam bagi memenuhi permintaan pelanggan. “Jika hari-hari biasa, saya hanya memasak 20 kg beras pulut dan 50 ekor ayam. “Alhamdulillah, walaupun penat,…