KOTA KINABALU: Semua agensi negeri dan Persekutuan perlu memastikan semua projek pembangunan bernilai RM6.6 bilion yang diluluskan di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dilaksanakan tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek-projek ini perlu dilaksanakan segera demi kepentingan rakyat Sabah. Antara projek yang telah diluluskan adalah pembangunan premis (Tamu Desa), pembaikan, pembersihan dan perawatan Sungai Tuaran, projek tebatan banjir, pembinaan sekolah baharu, menaik taraf…










