Satu cebis bukti pun HRW tidak dapat kemukakan - Saifuddin

PARLIMEN: Satu cebis bukti pun HRW tidak dapat kemukakan – Saifuddin Nasution

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) tidak dapat mengemukakan bukti mengenai dakwaan mereka berlakunya penderaan dan kematian di depoh tahanan Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan berbelanja sebanyak RM123 juta tahun lalu untuk menguruskan 20 depoh berkapasiti 20,650.

Kata beliau, jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam depoh sebanyak 13,635 orang setakat 7 Mac lepas, dan kerajaan menanggung keperluan mereka seperti makanan termasuk kos menghantar mereka pulang

“Begitu sekali kita jaga tapi HRW kata kita torture (seksa) sampai (berlaku) kematian. Akibat daripada laporan ini Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) diketuai Selayang (William Leong Jee Keen) telah memanggil JIM untuk menjawab persoalan.

“Begitu juga dengan HRW diminta untuk memberi keterangan. Saya difahamkan dalam keterangan itu, ketika diminta di mana torture berlaku dan di mana berlaku kes kematian seperti disebut. Satu cebis bukti pun mereka tidak dapat kemukakan tetapi laporan telah mereka syarah satu dunia,” katanya menjawab pertanyaan lisan Lim Guan Eng (PH-Bagan) di Dewan Rakyat, hari ini.

Guan Eng meminta Saifuddin untuk menyatakan tentang laporan baharu HRW yang mengkritik kerajaan menindas kumpulan pelarian dalam pusat tahanan yang penuh sesak, melebihi kapasiti dan wujud kematian dalam kalangan golongan rentan serta kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×