KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui tekanan penggiat industri rokok dan vape yang ‘melobi’ kerajaan menyebabkan KKM terpaksa mengubah keputusan untuk merealisasikan generasi penamat rokok (GEG). Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, disebabkan tekanan itu menyebabkan berlaku pertindihan pandangan antara kerajaan, ahli Dewan Rakyat dan pemain industri berhubung pelaksanaan GEG. “Kalau kita lihat daripada pengalaman apabila kita membentang GEG, berlakunya pertindihan pandangan apabila tekanan industri memasuki Parlimen dan…