PETALING JAYA: Kerajaan perlu adil terhadap semua pihak termasuk musuh politik selari dengan konsep yang diterapkan dalam Islam. Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) memberi contoh nasib berbeza antara Malaysia Timur dan Barat. Katanya, Pantai Timur ketinggalan dari sudut infrastruktur dan pembangunan berbanding Pantai Barat. Malah, katanya, Terengganu dan Kelantan turut dinafikan royalti minyak berbanding negeri lain. “Termasuk adil itu kepada ahli parlimen, negeri-negeri semuanya. Apabila lepas pilihan raya, tidak…










