Nafi bekalan barang sebelum PRU-15 lebih baik dari sekarang

PARLIMEN: Fuziah nafi bekalan barang sebelum PRU-15 lebih baik dari sekarang

FUZIAH SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh menolak dakwaan bekalan barangan asas sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lebih baik berbanding pada waktu kini.

Fuziah berkata berdasarkan fakta, dakwaan yang dibawa (PN-Masjid Tanah) Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak benar dengan menjelaskan bekalan barangan bagi gula dan minyak masak meningkat berbanding 2022.

“Cara Masjid Tanah itu bertanya soalan seolah-olah kenyataan yang katakan bekalan sebelum PRU lebih baik berbanding selepas PRU-15. Kita bercakap berpandukan fakta dan data, 2022..pengeluaran gula ialah jumlahnya 437,290 metrik tan, manakala pengedaran 430,713 metrik tan secara keseluruhannya..berbanding 2023, gula 489, 851 dan pengeluaran 471, 241 jumlahnya lebih dari 2023 dari 2022.

“Maksudnya tidak benar PRU-15 lebih baik dari segi pengedarannya barang yang bersubsidi ini.

“Minyak masak paket yang kita beri subsidi ini secara purata pengeluaran 2022 purata 55,000 metrik tan bulanan, 2023 maksimum pengeluaran 60,000 metrik tan, jadi 2023 pengeluaran lebih banyak..maka tidak benar sebelum PRU itu barang lebih terkawal berbanding sebelum PRU. Data tidak menunjukkan begitu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini. 

Mas Ermieyati dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan bagi Jawab Lisan meminta kementerian menyatakan apakah jaminan pihak Kerajaan untuk memastikan barangan keperluan bersubsidi seperti gula, minyak peket dan beras tempatan kembali pulih seperti sebelum PRU15 yang lalu. 

Fuziah dalam masa yang sama turut menjelaskan yang beras tempatan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras dan menjelaskan yang kementerian tiada punca kuasa dalam isu ini.

“Kalau tidak ada beras, kita tidak ada punca kuasa..kita cuma salurkan kerjasama dalam KPKM dalam memastikan untuk melihat dan meneliti aduan tersebut,” ujarnya lagi.

Kenyataan Fuziah itu kemudiannya disokong (DAP-Rasah), Cha Kee Chin dengan menegaskan harga barangan kini adalah terkawal dan masih lagi stabil. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×