MyCC giat siasat 500 syarikat babit bida tender lebih RM3 bilion

MyCC giat siasat 500 syarikat babit bida tender lebih RM3 bilion

ISKANDAR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan, pihaknya kini sedang giat melakukan siasatan sejumlah 500 buah syarikat di seluruh negara yang disyaki bersekongkol dalam pelbagai bidaan tender kerajaan dengan nilai keseluruhan lebih RM3 bilion.

Menurut ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail, antara yang berjaya dikenal pasti melibatkan penipuan bida pelbagai tender Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan nilai RM20.8 juta.

Beliau berkata, pihaknya baru-baru ini mengesan lapan syarikat teknologi maklumat yang berpakat tender di Akademi Seni Budaya Warisan Kebangsaan.

“Mereka sudah dikenakan denda RM5 juta dan sekarang kami sedang pantau lagi beberapa kes lain yang cecah nila bidaan untuk perolehan tender ratusan juta ringgit,” jelasnya dalam sidang akhbar selepas majlis kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.

Iskandar berkata, kerjasama itu melibatkanusaha menangani isu kartel penipuan bida pelbagai projek di bawah peruntukan KBS.

Walau bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan sama ada kes tersebut melibatkan isu kartel atau monopoli bekalan beras tempatan yang hangat diperkatakan pada masa ini.

Iskandar namun memberi amaran bahawa jika kes serius, MyCC bersedia menyarankan Kementerian Kewangan menyenaraihitamkan syarikat berkenaan bagi beberapa tahun.

Menyentuh kerjasama dengan KBS pula, beliau mengakui ada satu atau dua syarikat yang agak ‘menarik perhatian’ mereka namun tidak mahu mendedahkan secara terperinci.

Sementara itu, Hannah menegaskan bahawa pihaknya tidak berkompromi dengan amalan tipuan bida, selain risiko rasuah, kebocoran maklumat dalaman dan salah guna kuasa.

Malahan ujarnya, KBS komited menambah baik dan memantapkan lagi tata kelola urus tadbir kewangan terutama dalam aspek perolehan selaras dengan misi kerajaan Madani.

“Jika kita berjaya cegah sebarang isu ketirisan daripada awal, maka dana itu dapat pula dimanfaatkan untuk pembangunan fasiliti sukan awam dan bakat baharu,” tambahnya.

Justeru, tawaran sebut harga dan tender daripada syarikat atau kontraktor akan diteliti jawatankuasa perolehan KBS agar bebas sebarang unsur pakatan kartel penipuan bida.

Beliau juga meminta masyarakat yang ada maklumat berhubung isu tersebut agar tampil melaporkan kepada Ketua Setiausaha kementerian berkenaan untuk tindakan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya