Meerqeen tolak babak soft porn - Utusan Malaysia

Meerqeen tolak babak soft porn

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA –  Pelakon, Meerqeen menolak melakonkan adegan soft porn dalam mana-mana drama mahupun filem yang dilakonkannya.

Kata Merqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, keputusan itu dibuat untuk menjaga nama baik keluarga.

“Keluarga saya menonton semua naskhah lakonan saya.

“Jadi, tindakan paling wajar adalah tolak babak tak senonoh demi memelihara nama baik keluarga,” katanya.

Kata Meerqeen yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus, setiap pelakon mempunyai pilihan untuk memilih adegan yang mereka inginkan.

Namun katanya, sebagai individu beragama Islam, dia perlu menghormati batas yang ditetapkan dalam agama meskipun dalam kerja lakonannya.

“Berbalik kepada prinsip masing-masing. Pelakon ada hak menolak sekiranya enggan atau tak selesa untuk melakonkan babak soft porn.

“Ia juga bergantung kepada jenis drama atau filem, pengarah dan keperluan babak tersrbut untuk jalan cerita.

“Tak boleh main terima sahaja. keperluannya untuk melakonkan babak sedemikian perlu dibincangkan,” kongsinya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN