Masjid Putra jadi tumpuan bayang-bayang dunia esok

Masjid Putra jadi tumpuan bayang-bayang dunia esok

TANGKAP layar daripada portal SunCalc yang memaparkan kedudukan zenith ketika berlaku kejadian Lahaina Noon di Masjid Putra, Putrajaya esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengunjung ke Masjid Putra di sini berpeluang menyaksikan fenomena astronomi tahunan dikenali sebagai Lahaina Noon di pekarangan premis tersebut pada pukul 1.18 petang Khamis ini.

Pakar falak terkenal tanah air, Datuk Dr. Azhari Mohamed, kejadian itu umpama peristiwa hari tanpa bayang tetapi beza­nya ialah zenith atau lintasan matahari itu tidak terjadi tepat di garisan lintang 0 darjah iaitu Khatulistiwa.

“Perkara ini hampir menyerupai kejadian ekuinoks,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, ujarnya, se­perti ekuinoks, fenomena Lahaina Noon turut berlaku dua kali dalam setahun namun meliputi kawasan yang terletak antara garisan Sartan dan Jadi.

Secara geografi asas, Sartan atau Tropic of Cancer serta lawannya iaitu Jadi atau Tropic of Capricorn, terletak masing-masing garisan latitud 23 darjah Utara dan 23 darjah Selatan.

Kedua-duanya merupakan had lingkungan maksimum zenith dan turut berlaku di Mekah apabila matahari melintasi tepat atas Kaabah yang dirujuk falak sebagai Istiwa A’dzam.

Lahaina Noon di Masjid Putra pula kata Azhari, memperlihatkan bayang-bayang seluruh dunia menghala tepat di menara masjid ikonik Putrajaya itu tiga minit sebelum azan Zohor.

“Warga Malaysia di luar negara ketika itu boleh tahu kedudukan Putrajaya sebab matahari tegak atas masjid ini yang juga titik perjalanan darat 0 kilometer bagi Putrajaya,” katanya.

Berdasarkan rekod sejarah, peristiwa istimewa ini antara punca masjid tersebut menjadi bangunan pertama dibina di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu pada 1997 lalu.

Insiden ini pernah dilaporkan Utusan Malaysia pada 16 September 2022 lepas yang tular diperkatakan warganet kerana lintasan matahari itu terjadi juga pada tarikh Hari Malaysia.

Kejadian unik tersebut malahan menyaksikan ada sebuah hotel bertaraf antarabangsa tidak jauh dari masjid ini dinamakan Zenith bersempena dengan peristiwa Lahaina Noon itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×