ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah, Malaysia akan menjadi ‘House of Cards’ jika tiada kesepakatan antara negeri dan Persekutuan. Justeru baginda bertitah, perbezaan politik perlu diraikan sementara perseteruan politik perlu dihadkan bagi memastikan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berfungsi dengan baik. Sultan Sallehuddin mengingatkan, matlamat penubuhan negara selain bagi membolehkan negeri-negeri secara bersama mengharungi cabaran geopolitik adalah untuk membangunkan ekonomi melalui prinsip perkongsian sumber secara adil. “Oleh…










