KUALA TERENGGANU: Walaupun kerajaan negeri menyifatkan Perjanjian Terma-Terma Utama bagi penyelesaian tanah ladang komersial sebagai satu ‘kemenangan’ kepada Terengganu, perjalanan untuk menoktahkan sepenuhnya isu tersebut belum tiba di titik akhir. Pengerusi Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Tanah Felda Terengganu Datuk Dr. Azman Ibrahim, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, fasa yang sedang dilalui ketika ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada proses teknikal yang lebih kompleks. Katanya, masih banyak tugas yang perlu dilaksanakan…










