KUALA LUMPUR: Penerbit, Datuk A. Aida memaklumkan tidak timbul sebarang masalah untuk membenarkan anaknya, Azeva Natasya berkongsi pentas dengan bapanya yang juga penyanyi, Ameng dalam konsert pengenalan Talk To My Manager musim ke-2.
Malah, beliau mengakui itu merupakan kali pertama Azeva dan bapanya berpeluang untuk membuat persembahan bersama.
“Tak timbul masalah antara saya dan Ameng, dia bapa kepada anak-anak saya. Nanti bila anak kahwin, dia jadi wali. Saya okey dengan dia.
“Selepas bercerai, ini kali pertama kami sepentas. Dari anak dia berusia tiga tahun sehingga sekarang,” katanya.
Bercerita tentang momen tersebut, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang memaklumkan semuanya bermula dengan lukisan ‘story board’ yang disampaikan Azeva kepada bapanya itu.
“Sebenarnya di minggu pengenalan, saya buat story board. Kononnya dia main gitar dan kemudian bapanya muncul dari belakang dan perkenalkan Azeva. dia boleh menyanyi dan dia anak Ameng dari kumpulan Spring.
“Saya berpisah dengan Ameng masa dia berumur tiga tahun. Anak saya memang tidak merasakan kasih sayang seorang bapa, Jadi Alhamdulillah, Ameng bersetuju membuat persembahan dengan Azeva,” katanya lagi.
Azeva dalam pada itu memaklumkan bapanya bangga kerana muncul pelapis baharu industri seni dalam kalangan keluarganya.
“Alhamdulillah, dari dulu papa memang tahu suara azeva sedap, Tetapi buat pertama kalinya Azeva boleh perform macam dia. Jadi dia bangga, selepas Haikal dan Amar, kini giliran saya.
“Betulkah saya mencapai expectation ayah? Saya rasa terkejut dan tak sangka dengan apa yang berlaku,” katanya.










