MAIPs sumbang RM20,000 kepada 79 keluarga kebakaran kampung laut - Utusan Malaysia

MAIPs sumbang RM20,000 kepada 79 keluarga kebakaran kampung laut

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyampaikan sumbangan kepada Sammi Liew untuk diagihkan kepada keluarga mangsa kebakaran di Lapangan Terbang Tawau di Sabah semalam. UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyumbangkan sejumlah RM20,000 untuk diagihkan kepada 79 keluarga mangsa kebakaran yang menimpa 52 buah kediaman di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau, Sabah baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melalui rakan strategik MAIPs iaitu Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah (PJKHRS).

Pengerusi PJKHRS, Sammi Liew Sam Yi dan Setiausahanya, Fitriyani Basri Eko menerima amanah untuk disampaikan kepada mangsa kejadian kebakaran besar berkenaan yang telah memberikan kesan kepada 364 penghuni di kawasan terbabit.

Selain itu, turut disampaikan ialah sumbangan derma kilat yang dikutip oleh para peserta Program Eks Perbah Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah berjumlah RM4,500 yang diwakili pesertanya, Pengarah Urusan Kasyaf Bina Sdn. Bhd., Datuk Zamri Mohamad.

Simbolik penyerahan tersebut disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs di Lapangan Terbang Tawau sebelum berangkat balik ke semenanjung Malaysia.

Hadir sama ialah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Joseph Pang Pick Lim dan mantan Komander Rejimen 516 Askar Wataniah, Tan Sri Liew Yun Fah.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin turut menzahirkan ucapan takziah serta simpati kepada tiga keluarga mangsa kebakaran yang turut berlaku di Projek Transfomasi DiRaja Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis pada petang Jumaat lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya