MAIPs peruntuk RM40,000 untuk rumah Lavender Perlis - Utusan Malaysia

MAIPs peruntuk RM40,000 untuk rumah Lavender Perlis

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan kepada Rumah Lavender Perlis di Kangar Jaya, semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukan RM40,000 untuk perbelanjaan aktiviti dan program serta pengurusan Rumah Lavender Perlis.

Rumah Lavender Perlis menempatkan para penghuni kelainan upaya penglihatan, pekak dan bisu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menyampaikan sumbangan tersebut.

Sumbangan itu diserahkan kepada Pengerusi Pertubuhan Rumah Kebajikan Lavender Perlis, Marja Tuan Mat di perkarangan Masjid Al-Mustaqim kariah Seriab, Kangar Jaya.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Untuk rekod, MAIPs turut memperuntukkan tambahan sumbangan bagi pelaksanaan kelas pengajaran al-Quran brail kepada penghuni rumah itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya