Lapor jika bas ekspres naik tambang - Loke

Lapor jika bas ekspres naik tambang – Loke

MOT sedia menyiasat pengusaha syarikat bas ekspres yang menaikkan harga tambang melebihi 10 peratus surcaj dibenarkan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedia menyiasat pengusaha syarikat bas ekspres yang menaikkan harga tambang melebihi 10 peratus surcaj dibenarkan.

Menterinya, Anthony Loke berkata, pengguna yang terjejas boleh terus mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kenaikan surcaj 10 peratus adalah bukan suatu perkara yang baharu malah, ia dilaksana sejak 20 tahun lalu terutama pada musim perayaan.

“Kalau ada pihak yang menaikkan lebih 10 peratus, maka aduan boleh dibuat kepada APAD,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, kerajaan membenarkan surcaj tambahan itu bagi membolehkan pengusaha syarikat bas ekspres menambah kapasiti perkhidmatan mereka serta membayar elaun pekerja mereka.

APAD sebelum ini memaklumkan kadar tambang bas ekpres kategori perkhidmatan ekonomi mengalami kenaikan 10 peratus sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri mulai 4 hingga 17 April ini.

Surcaj musim perayaan diluluskan Kabinet sebanyak RM0.009 sekilometer (skm) dan pelaksanaan surcaj itu akan meningkatkan kadar tambang bas ekspres kategori berkenaan kepada RM0.102 skm berbanding kadar tambang biasa RM0.093 skm.

Sementara itu, Anthony berkata, kenderaan berat dilarang berada di atas jalan raya dua hari sebelum dan selepas Hari Raya Aidilfitri iaitu 8,9,12 dan 13 April. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya