Kerjasama TDM, Kementah pastikan proses pemodenan lancar

Kerjasama TDM, Kementah pastikan proses pemodenan aset lancar

MUHAMMAD Hafizuddeain Jantan berucap dalam sambutan Hari Tentera Darat Ke-91 di Dataran Segamat, Johor hari ini, -UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan sentiasa bekerjasama dengan pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan (Kementah) bagi memastikan proses pemodenan aset pasukan keselamatan itu sentiasa dilaksana sejajar dengan kepesatan teknologi dunia.

Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, isu tersebut menjadi cabaran utama TDM memandangkan ada beberapa aset terutamanya aset tempur kini telah berusia.

“Meskipun terdapat beberapa aset yang baharu, kita masih lagi perlu menggantikan aset yang telah usang 

“Usaha memodenkan ‘aset kapital’ TDM sememangnya perlu kerana aset tempur yang lama seperti kenderaan perisai memerlukan kos yang tinggi untuk proses selenggara selain agak terkebelakang dalam teknologi.

“Selain mendapatkan aset baharu kita juga perlu mengekalkan operasi aset sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-91 di Dataran Segamat pagi ini.

Muhammad Hafizuddeain menambah, kerjasama yang baik pihak kerajaan perlu berterusan agar program memodenkan dan selenggaraan aset dapat berjalan lancar selain perolehan peruntukan yang besar.

“Saya juga ingin maklumkan yang kekuatan TDM kini berada dalam keadaan 80 peratus yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga secara puratanya,”ujarnya.

Buat julung-julung kalinya Hari Tentera Darat Ke-91 diadakan di Segamat membawa tema ‘Gagasan Tentera Darat dan Rakyat, Kekal Siaga’, disambut meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 orang di Dataran Segamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×