KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang merangka beberapa insentif bagi membantu pesawah-pesawah yang terjejas akibat Fenomena El-Nino. Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, bantuan sedia ada juga mungkin boleh diperbaiki lagi untuk tahun depan khususnya kepada pesawah-pesawah padi yang terkesan akibat fenomena El-Nino. Pada masa ini, kementerian sudah ada pelbagai program dan bantuan bagi petani dan pekebun yang terjejas banjir. “Kita beri bantuan mengikut keluasan tanaman…










