PONTIAN: Peningkatan kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan adalah disebabkan kecuaian manusia, bukannya keadaan jalan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), kecuaian manusia menyumbang kepada 80 peratus kemalangan jalan raya. Menurutnya, keadaan jalan hanya menyumbang 13 peratus, sementara tujuh peratus disebabkan keadaan kenderaan. “Saya ingin menafikan punca berlaku kemalangan jalan raya, bukan disebabkan masalah jalan tetapi masalah kecuaian…