JKNS keluar 761 notis kesalahan merokok di pusat beli belah  - Utusan Malaysia

JKNS keluar 761 notis kesalahan merokok di pusat beli belah 

Merokok
ORANG awam dikenakan tindakan kerana mengingkari perintah kawasan larangan merokok dekat sebuah pusat beli belah sekitar daerah Petaling, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengeluarkan sebanyak 761 notis kesalahan ke atas individu yang merokok di kawasan pusat beli belah di sekitar daerah Petaling, baru-baru ini.

Kesalahan itu dikesan menerusi operasi khas bersepadu bagi menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pada kelmarin dan Sabtu lalu.

Pengarahnya, Dr. Ummi Khaltom Shamsudin berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam mengenai sikap perokok yang masih mengingkari peraturan itu.

Menurutnya, JKNS menjalankan pemeriksaan ke atas 23 buah premis selain 918 notis kesalahan dikeluarkan dengan tawaran kompaun bernilai RM231,850.

“Sebanyak 761 daripadanya melibatkan notis kesalahan merokok di tempat larangan dan tujuh notis berkaitan larangan merokok terhadap orang belum dewasa.

“Selain itu, ia meliputi 135 notis gagal pamer tanda larangan merokok di premis, tiada larangan menjual hasil tembakau (11) dan menjual rokok paket terbuka (4),” katanya, hari ini.

Tambah Ummi Khaltom, tindakan pendakwaan di mahkamah akan diambil kepada individu yang tidak menjelaskan kompaun dalam tempoh ditetapkan.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM10,000  atau penjara tidak lebih dua tahun. Orang awam yang mahu membuat aduan merokok boleh menyalurkannya ke aplikasi WhatsApp di 010-8608949,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN