ALOR GAJAH: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah mengambil sampel sup daging yang didakwa mempunyai telur lalat dijual seorang peniaga bazar Ramadan di Semabok di sini, baru-baru ini. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ruzita Mustaffa berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga terlibat jika sampel sup diambil mengandungi tiga jenis mikro organisma dan sekiranya makanan disediakan mengandungi bahan terlarang. Menurutnya, penguat kuasa telah membuat serbuan sejurus mendapat maklumat menerusi laman sosial Facebook…










