TEL AVIV: Kumpulan Daesh atau ISIS yang sering dilaungkan Barat sebagai kumpulan pengganas sebenarnya merupakan agenda Mossad yang didalangi oleh Israel.
Mossad adalah sebuah entiti utama paling berpengaruh sebagai ejen perisikan selain Aman, perisikan tentera dan Shin Bet iaitu perisikan dalaman yang bertanggungjawab melaksanakan operasi rahsia di negara sasaran.
Mossad yang dibentuk sejak 1949 dikatakan sudah membunuh 274 tokoh Arab dan Palestin daripada pelbagai bidang seperti ekonomi, politik dan budayawan.
Berbeza dengan Aman dan Shin Bet, tugas Mossad adalah mengumpulkan perisik di luar negara, menjalankan analisis perisikan dan pelaksanaan operasi rahsia.
Bagaimanapun, entiti ini gagal mencegah dan mengatasi serangan pejuang Hamas terhadap Israel, pada 7 Oktober lalu.
Mossad ditubuhkan secara rasmi oleh pengarah pertama warga Israel, Reuven Shiloah yang merancang pelbagai misi pembunuhan tokoh penting.
Sekadar kebetulan atau sememangnya perkara yang sudah dirancang sejak awal, Mossad didakwa mempunyai nama lain daripada akronim ISIS, Israeli Secret Intelligence Service.
Platform X turut dibanjiri topik Mossad sehingga menjadi sohor kini, sejak Jumaat lalu.
Topik Mossad hangat dibincangkan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, semalam.
Lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis dari Emiriah Arab Bersatu, 12 Mac lalu.-AGENSI











