PETALING JAYA: Sebanyak 11 lokasi melibatkan pantai, air terjun, tasik dan sungai dikenal pasti sebagai ‘lubuk maut’ kerana kerap berlaku insiden mati lemas sepanjang tahun lalu. Lokasi dikategori sebagai ‘lubuk maut’ ditentukan berdasarkan kekerapan kematian melebihi lima mangsa sepanjang tempoh berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, Sungai Teladas, Kampung Air Putih, Cheneh, Kemaman disenarai kawasan air terjun atau jeram paling berisiko selepas…