KUALA SELANGOR: Sekumpulan pemancing mendakwa melihat sebuah helikopter berpusing-pusing sebelum terhempas ketika berada dekat perairan 5 batu nautika berhampiran Pulau Angsa, di sini, hari ini. Sebelum itu, helikopter AW139 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dilihat terbang rendah berhampiran sebuah boya kuning kira-kira pukul sembilan pagi. Salah seorang saksi kejadian, Mohd. Riduan Kulop Ahmad, 38, berkata, ketika kejadian dia dan rakan-rakannya sedang memancing dekat kawasan tersebut tidak jauh dari…