KUALA SELANGOR: Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai parti politik dan hanya menyokong Perikatan Nasional (PN). Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, beliau ketika ini masih bergerak bebas walaupun selepas lebih setahun meninggalkan parti UMNO. “Saya kini boleh menyokong mana-mana parti dan ia adalah hak saya apabila tidak lagi diperlukan oleh UMNO. “Biarpun tidak menjadi ahli parti, saya menyokong sepenuhnya perjuangan PN…