ALOR SETAR: Kesan gelombang haba tahap dua direkodkan di Pokok Sena, di sini susulan fenomena El-Nino yang melanda negara bukan sahaja dirasai manusia. Namun, suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut itu juga memberi kesan kepada haiwan ternakan yang terdapat di sekitar itu. Penternak lembu, Mahadi Hasan, 45, berkata, haiwan berkenaan bukan sahaja perlu dimandikan sehingga dua kali sehari bahkan bekalan dedak turut perlu…










