KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion pada tahun 2022. Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, masalah tersebut berterusan berdasarkan tahap kebergantungan dan hutang agensi itu kepada bantuan kerajaan, sama ada dalam bentuk geran, pinjaman atau jaminan. Menurutnya lagi, Felda juga didapati mempunyai kedudukan tunai dan kesetaraan tunai yang rendah berbanding kerugian dengan nilai RM0.808 bilion berakhir 31 Disember tahun…