Fahmi Fadzil jangan hina wartawan, pengamal media 

Fahmi Fadzil jangan hina wartawan, pengamal media 

RAZALI IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menganggap kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bahawa media bukan badan profesional seperti peguam dan pegawai perubatan adalah kurang ajar dan penghinaan terhadap pengamal media di negara ini. 

Ketua Penerangannya, Datuk Razali Idris mengingatkan kerajaan supaya tidak memperbodoh rakyat dan wartawan mengenai fungsi kad itu sehingga sanggup membandingkannya dengan lesen bagi profesion yang lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata, Fahmi seharusnya menghormati profesionalisme media dan kewartawanan yang mempunyai institusi tersendiri. 

“Ini seolah-olah penghinaan kenyataan kurang ajar Menteri Komunikasi perihal kad media wartawan bukan lesen diperlukan untuk pengamal media menjalankan tugas. Jangan bodohkan rakyat dan pengamal media mengenai fungsi kad media dibandingkan dengan lesen perubatan, peguam, arkitek atau jurutera.

“Selama ini pun pengamal media maklum akan perakuan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan (Japen) menerusi pendaftaran rasmi, tapisan dan kelulusan bagi membolehkan media bergerak bebas tanpa sekatan atas tujuan tugasan.

“Ingat, pejuang kemerdekaan, pejuang bangsa dan pejuang wadah keilmuan datangnya dari keringat yang tidak pernah kenal erti penat lelah iaitu wartawan dan pengamal media,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Semalam, media melaporkan, Fahmi dipetik sebagai berkata kad perakuan media bukan lesen untuk mengamalkan kewartawanan, tidak seperti yang diberi kepada pengamal perubatan atau undang-undang. 

Sebaliknya, katanya, kad media hanyalah satu cara untuk memudahkan akses media ke acara rasmi.

Fahmi berkata demikian sebagai mewajarkan tindakan Japen mengeluarkan kad media dengan tempoh sah lebih pendek kepada wartawan daripada pelbagai agensi berita dalam talian. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×