GEORGE TOWN : Polis menahan empat lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Thailand kerana disyaki mengedar dadah jenis MDMA dalam satu serbuan di sebuah apartment di Jelutong, di sini, Ahad lalu. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, dalam operasi terancang kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, polis turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk ketamin dan pil eramin 5 selain MDMA yang keseluruhannya bernilai RM326,686…