E-Idaman kongsi rezeki bersama 52 penghuni Teratak Rahmat - Utusan Malaysia

E-Idaman kongsi rezeki bersama 52 penghuni Teratak Rahmat

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) berkenan menyampaikan sumbangan kepada penghuni Teratak Rahmat, Mata Ayer, Arau sewaktu Program Ramadan Kita Perlis 2024. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: E-Idaman Sdn Bhd menyampaikan sumbangan kepada 52 penghuni Teratak Rahmat terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf bagi memberi keceriaan kepada mereka bersempena Ramadan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan menyampaikan sumbangan itu dengan disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Zaki Abdul Aziz Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Menurut Zaki, program itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan dalam mengurangkan bebanan golongan kurang berkemampuan dan membawa keceriaan buat mereka.

“Penghuni teratak ini merupakan anak yatim dan anak miskin sekitar Perlis dan Kedah yang berusia antara tujuh hingga 22 tahun, jadi oleh sebab itu, kita ingin memberi keceriaan buat mereka semua pada bulan Ramadan menerisi pemberian sumbangan ini,” katanya sewaktu Program Ramadan Kita Perlis 2024 di Teratak Rahmat, Mata Ayer, di sini, semalam.

Program anjuran E-Idaman itu juga adalah kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis (MAIPs), HPA Industries dan Persatuan Wartawan Perlis (PWP).

Mengulas lanjut, Zaki berkata, menerusi program berkenaan, , E-Idaman memberi sumbangan berjumlah RM10,400 berserta kuih raya buat penghuni teratak berkenaan dengan setiap penerima mendapat RM200 seorang dan pemberian hamper makanan daripada HPA Industries.

“E-Idaman turut menyumbang bagi penyediaan sudut riadah dan kitar semula kepada penghuni Teratak Rahmat untuk menggalakkan aktiviti sihat dalam kalangan penghuni di samping melakukan aktiviti kitar semula,” katanya.

Tambahnya, penyerahan sumbangan kepada penghuni Teratak Rahmat itu juga turut dilakukan melalui sistem GoBarakah.

“Sistem ini beroperasi secara E-baucer kepada penerima yang boleh ditebus sebagai tunai atau pun digunakan untuk membeli barangan di kedai-kedai terpilih,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya