Dunia alami siang, malam sama panjang esok

Dunia alami siang, malam sama panjang esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh dunia dijangka mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam.

Dalam satu hantaran di laman sosial, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, perkara itu berlaku disebabkan peristiwa ekuinoks.

“Pada Rabu, 20 Mac, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa pada sepanjang hari tersebut yang juga dikenali sebagai peristiwa ekuinoks,” jelasnya.

Menurut Mosti, kawasan seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador turut dijangka mengalami waktu tengahari ‘tanpa bayang’.

Katanya, ini kerana kawasan tersebut betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa.

“Peristiwa tengah hari tanpa bayang di Malaysia pula akan berlaku sedikit lewat selepas ekuinoks seperti di Putrajaya pada 27 Mac 2024 (Rabu) dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac 2024 (Khamis),” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN