Sistem diagnosis kebangsaan kawal caj rawatan hospital

Sistem diagnosis kebangsaan kawal caj rawatan hospital

Dzulkefly Ahmad membuat pemeriksaan kesihatan sambil diperhatikan oleh Chang Lih Kang selepas sidang akhbar projek MyGenom di Institut Genom dan Vaksin Malaysia di Jalan Bangi, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Kementerian Kesihatan akan melaksanakan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan secara berfasa di hospital seluruh negara bermula tahun ini bagi menangani kenaikan caj premium insurans kesihatan yang tidak munasabah terhadap pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan golongan M40 dan B40 mendapatkan rawatan jelas di sektor swasta tanpa perasaan gusar mengenai caj harga berlebihan.

Menurutnya, kementerian akan mempercepatkan lagi perbincangan dan libat urus bersama pelbagai pihak supaya dapat merumuskan satu sistem DRG yang bersesuaian dengan rakyat negara ini.

“DRG ini akan mengambil masa yang panjang untuk disempurnakan tetapi kita akan memulakan dengan beberapa penyakit yang kurang kompleks.

“Kita tidak perlu merujuk kepada Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain kerana kita akan bangunkan DRG sendiri,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkaitan projek MyGenom di Institut Genom dan Vaksin Malaysia di Jalan Bangi, di sini, semalam.

Menurut Dzulkefly, DRG melibatkan kerjasama erat antara pembuat dasar, doktor klinikal, pengamal perubatan, pakar ekonomi, pakar kesihatan, operator takaful serta pihak awam dan swasta.

“Inilah pendekatan yang kita mahu laksanakan iaitu pendekatan bersepadu dalam menentukan fokus rawatan dan intervensi kesihatan negara,” katanya.

Sebelum ini, KKM memaklumkan pihaknya sedang mengkaji pembangunan sistem DRG sebagai usaha menangani kenaikan caj premium insurans kesihatan yang tidak munasabah terhadap pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN