DUNGUN: Keseronokan tiga kanak-kanak menghabiskan cuti persekolahan dengan mandi di Pantai Teluk Lipat, dekat sini, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas, petang tadi. Mayat mangsa, Muhammad Danish Mikail Abdullah, 9, ditemukan kira-kira pukul 4.55 petang oleh pasukan penyelamat pada jarak 150 meter dari lokasi dia dipercayai dihanyutkan ombak. Mayat rakannya, Mohammad Atiff Farrduqi Zainuddin, 11, ditemukan kira-kira pukul 6.25 petang pada jarak 300 meter dari lokasi kejadian. Bagaimanapun, seorang…