KOTA KINABALU: Dua lagi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Tertuduh, Norsyafilah Pawawoi,28, dan Zulkahar Dusing,29, masing-masing didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’. Norsyafilah didakwa menjadi ahli kumpulan itu antara 2015 dan 28 Julai 2016 manakala Zulkahar didakwa terlibat dengan kumpulan sama antara 2021 dan 3 Mei 2023. Atas kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan [Akta 574]…