PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu bazar warga asing di sekitar Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, berhampiran Pasar Borong Kuala Lumpur dekat sini, semalam. Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, tindakan khas itu dilakukan menerusi Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Cawangan Parlimen Batu. Menurut DBKL, pihaknya membuat 11 tindakan sita peralatan dan barangan perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing menerusi serbuan itu. “DBKL melaksanakan tindakan penguatkuasaan menerusi peruntukan di bawah…










