MELAKA: Umat Islam di negeri ini atau pelancong ke Melaka dinasihatkan memilih premis yang memiliki sijil halal ketika berbuka puasa, terutama hotel-hotel yang banyak mempromosi bufet Ramadan ketika ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah mengeluarkan senarai 26 hotel di Melaka yang mempunyai pensijilan halal. Kata beliau, orang ramai…