BN tidak tuntut kerusi PRK Kuala Kubu Baharu

BN tidak tuntut kerusi PRK Kuala Kubu Baharu

ahmad zahid
AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak akan menuntut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu meskipun berlaku pertambahan kira-kira 50 peratus pengundi Melayu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menghormati kerusi tersebut milik sekutunya dalam Kerajaan Perpaduan dan terus menyokong siapa pun calon yang diletakkan di situ.

“Kita ketahui bahawa DUN di Selangor iaitu Kuala Kubu Baru telah kosong disebabkan wakil rakyatnya meninggal dunia. Kami berasakan bahawa walaupun jumlah pengundi di Kuala Kubu Baru itu telah meningkat pengundi Melayu kira-kira 50 peratus, demi menghormati Kerajaan Madani yang ada, saya berasakan rakan dalam UMNO dan komponen BN harus menghormati kerusi itu kepunyaan rakan kita dalam Kerajaan Perpaduan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siapa sahaja yang dicalonkan Pengerusi Kerajaan Perpaduan, insya-Allah jentera UMNO bukan sahaja dari Selangor, tetapi saya yakin jentera dari BN terutama  MCA dan Friends of BN akan bersama dengan UMNO untuk turun membantu calon berkenaan biarpun tarikhnya belum ditentukan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia, dipercayai akibat kanser.

Pejabat Speaker DUN Selangor memaklumkan pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu akan dibuat sebaik segala urusan pengebumian mendiang Kee Hiong selesai.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini