Beto Kusyairi minta hentikan spekulasi lantikan duta baju Melayu

Beto Kusyairi minta hentikan spekulasi lantikan duta baju Melayu

Beto Kusyairi
Beto Kusyairi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Beto Kusyairi, 44, enggan mengambil pusing terhadap tindakan segelintir pihak yang mengsensasikan lantikannya sebagai duta koleksi baju Melayu Elrah.

Jelas Beto, lantikan itu dibuat secara profesional dan bukan disebabkan dia bermasam muka dengan jenama terdahulu seperti didakwa.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Yang penting, saya dan jenama terdahulu berpisah secara baik.

“Ia adalah persetujuan yang dibuat secara profesional. tak ada istilah terasa hati.

“Bahkan kami tak ada masalah untuk berjumpa dan duduk semeja. Saya anggap peralihan ini sebagai satu persaingan yang sihat,” katanya selepas pelancaran butik baharu Elrah, baru-baru ini.

Turut dilantik sebagai duta baju Melayu jenama berkenaan adalah pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Nama Beto sebelum ini diperkatakan ekoran peralihannya daripasa menjadi duta sebuah jenama baju Melayu popular kepada jenama baju Melayu yang lain.

Peralihan itu menimbulkan spekulasi kononnya timbul konflik antara Beto dengan jenama terdahulu.

Dalam pada itu, Beto atau nama sebenarnya Nur Kusyairi Zakuan Osman berharap masyarakat tidak terus mengsensasikan pelantikannya itu dan turut menyeru orang ramai menyokong perniagaan tempatan.

“Saya minta masyarakat doakan kejayaan peniaga kita kerana mereka adalah anak bangsa kita sendiri.

“Sama-sama kita doakan, majukan  dan bangga dengan kejayaan anak bangsa kita.

“Ambil positif pelantikan ini. Saya mahukan yang toksik itu masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×