Bendung sindrom lupa anak - Utusan Malaysia

Bendung sindrom lupa anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melakukan pelbagai usaha bagi memastikan sindrom lupa anak dapat dinoktahkan dan tidak lagi berlaku kelak.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sehingga kini melalui statistik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat empat kes yang mana tinggi berbanding tahun lalu untuk sepanjang tahun hanya lima kes.

Kata beliau KPWKM sentiasa berusaha supaya gejala tersebut dapat dibendung dan tidak terus berlaku.

“Antara usaha yang telah dilaksanakan adalah meningkatkan peringatan dan kesedaran melalui media seperti hebahan panduan dalam bentuk video dan infografik di media sosial, portal media tempatan dan media perdana.

“Kita juga telah membuat hebahan melalui emel kepada semua pegawai perhubungan korporat di kementerian, jabatan dan agensi persekutuan dan negeri, hospital serta institusi pengajian awam yang mengandungi promosi kempen ‘Jangan tinggal anak bersendirian dalam kenderaan’ untuk mereka kongsikan kepada warga masing-masing,” katanya semasa sesi pertanyaan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Mutalib (PN-Maran) yang memintanya menyatakan langkah diambil bagi membendung gejala sindrom lupa anak yang kian meningkat.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, ibu bapa sendiri juga perlu sedar bagi menoktahkan sindrom yang mampu membawa kematian kepada kanak-kanak terlibat.

“Justeru, kita boleh membantu diri kita sendiri untuk tidak lupa dengan mengambil beberapa pendekatan, antaranya meletakkan barang penting berhampiran bayi,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN