IPOH: Belum ada tangkapan dibuat dalam siasatan kes nota berbaur ugutan yang diterima Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan kes itu sedang giat dijalankan bagi mengesan pelaku yang terlibat. Katanya, setakat ini, 11 individu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. “Antara yang dipanggil untuk direkod keterangan ialah ibu dan bapa Menteri…










