Bella Astillah tuntut cerai daripada Aliff Aziz

Bella Astillah tuntut cerai daripada Aliff Aziz

Bella Astillah
Bella Astillah memfailkan cerai terhadap suaminya, Aliff Aziz.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 29, memfailkan permohonan perceraian daripada suami, Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, Isnin lalu.

Bella atau nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan adiknya, Didi Astillah bagi sebutan kali pertama berlangsung hari ini.

Bella ketika ditemui berkata, dia sudah membulatkan hati untuk bercerai dan menganggap itu adalah jalan terbaik untuk mereka berdua yang sebelum ini pernah rujuk semula pada Julai 2020.

“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk kami.

“Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Tuhan. Itu sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff yang juga seorang penyanyi dan pelakon tidak hadir pada sesi sebutan pertama kes perceraian tersebut.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd Rais berkata, Aliff tidak dapat hadir ke mahkamah atas urusan penggambaran dan prosiding akan diteruskan pada bulan depan.

“Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.

“Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik,” ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga Bella dan Aliff, sekali lagi mengalami pergolakan pabila suaminya itu didakwa terbabit dalam kes khalwat bersama pelakon, Ruhanies, 32, di sebuah kondominium mewah di ibu negara, minggu lalu.

Bagaimanapun, Bella ketika itu memohon ruang dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut ketika ditemui di lokasi terbabit.

Manakala, Aliff dan Ruhainies masing-masing dilapor berjanji memberi penjelasan lanjut berhubung kontroversi terbabit. Namun, sehingga hari ini, baik Aliff mahu pun Ruhainies, masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kontroversi itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya