PADANG BESAR: Bekalan air di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) membabitkan tiga empangan yang menyalurkan bekalan air di kawasan sawah hanya mampu bertahan sehingga Jun berikutan cuaca panas. Pengerusi MADA, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), keadaan El Nino boleh berterusan sehingga Jun dan pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Justeru katanya, MADA akan turut menggerakkan lebih 1,000 unit pam statik dan mudah alih bagi membantu pengairan…










