IPOH: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol dan mencabul kehormatan anak perempuannya yang berusia 19 tahun. Tertuduh berusia 38 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd. Ardani. Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didakwa merogol anak kandungnya di mana perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat dan kebiasaan yang terpakai…