Azli dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu - Utusan Malaysia

Azli dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu

MAZLI Mazlan (tengah) menyaksikan serah tugas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu antara Abdul Rahim Md. Din (kiri) dan Azli Mohd. Noor di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Polis Daerah Lipis, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang akan bersara wajib daripada perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula esok.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, disaksikan Ketua Polis negeri, Datuk Mazli Mazlan, hari ini.

Mazli dalam ucapannya pada majlis itu menzahirkan penghargaan buat Abdul Rahim yang memegang jawatan itu sejak 2019 selain berpengalaman 40 tahun bersama PDRM.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di bawah teraju Abdul Rahim berjaya mengecapi pelbagai kejayaan membasmi aktiviti tidak bermoral.

Katanya, antaranya menurunkan kadar indeks jenayah, mengatasi masalah mat rempit serta penugasan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“PDRM berterima kasih atas sumbang bakti beliau bagi memastikan keselamatan masyarakat di daerah Kuala Terengganu terjamin,” katanya.

Sementara itu, Mazli turut mengucapkan tahniah kepada Azli atas pelantikan serta kenaikan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu.

Katanya, beliau yakin Azli yang juga bekas Ketua Polis Daerah Rompin sebelum ini dan berpengalaman 36 tahun dalam PDRM akan terus memacu IPD Kuala Terengganu ke arah kecemerlangan.

Dalam majlis sama turut diadakan majis serah tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuala Terengganu daripada Wan Norizan Wan Abdul Majid kepada Tuan Noraizan Tuan Long. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya