Polis cari Mohamad Ardzuan berkaitan kes samun warga asing

Polis cari Mohamad Ardzuan berkaitan kes samun warga asing

POLIS meminta lelaki yang dikehendaki dalam kes samun wang RM260,000 milik warga asing di ibu negara untuk tampil bagi melengkapkan siasatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis meminta lelaki yang dikehendaki dalam kes samun wang RM260,000 milik warga asing di ibu negara untuk tampil bagi melengkapkan siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek masih diburu oleh polis bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.

Kata beliau, suspek dikenal pasti sebagai Mohamad Ardzuan Mohd Anuar, 34 dan beralamat terakhir di A-45-05, Kenwingston Plus PlatZ,KL NorthJalan Gombak, Kampung Kuantan di sini.

“Suspek masih belum dapat ditangkap dan bebas. Saya nasihatkan kepada suspek agar tampil.

“Kita ada alamat dia tetapi dia tiada di situ,” katanya dalam sidang akbar di IPD Cheras hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata, meskipun suspek masih belum ditahan keputusan sama ada pertuduhan boleh dibuat terhadap tangkapan lain boleh dibuat.

“Sukacita saya ingatkan, walaupun suspek ini tidak dapat ditangkap dalam masa terdekat, keputusan pertuduhan boleh dibuat tanpa tangkapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar segera memaklumkannya kepada polis untuk membantu siasatan lanjut.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara (DPP) namun dikembalikan semula dengan cadangan penambahbaikan dan ia dirujuk semula kepada mereka.

“Jadi, bila-bila masa sahaja keputusan akan keluar,” katanya.

19 April lalu, polis giat memburu seorang lagi individu yang terbabit dalam kejadian samun lelaki warga asing di sebuah residen di Jalan Tun Razak pada 7 April lalu.

Sebelum itu, tujuh orang termasuk lima anggota polis ditahan selepas menyamun lelaki warga asing menyebabkan kerugian RM260,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN