MELAKA: Penduduk Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang di sini panik selepas melihat kelibat seekor anak buaya tembaga berenang dalam Sungai Air Batu berhampiran kawasan penempatan mereka, semalam. Reptilia dengan panjang lebih satu meter dan berat kira-kira 15 kilogram (kg) itu berjaya ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dengan dibantu penduduk sekitar. Pegawai Operasi, Latihan dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Melaka Tengah, Leftenan (PA) Mohd. Kamil Hassan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.30 tengah hari dan pihaknya mengambil masa hampir tiga jam untuk menangkap haiwan berkenaan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya