Aksi persahabatan antarabangsa kedua Perak FC malam esok - Utusan Malaysia

Aksi persahabatan antarabangsa kedua Perak FC malam esok

AKSI pemain Perak FC, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar (kanan) pada perlawanan persahabatan menentang Geylang International FC di Stadium Perak minggu lalu. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC berpeluang menguji keserasian gandingannya apabila beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kedua di sini malam esok.

Lawan kali ini ini ialah sebuah lagi pasukan Liga Singapura iaitu Albirex Niigata FC yang akan diadakan di Stadium Perak di sini.

Malah lawan kali ini tampil dengan reputasi selaku juara Liga S.

Pastinya perlawanan ini ibarat pertemuan antara buku dengan ruas.

Sebelum ini, Perak menundukkan sebuah lagi kelab Liga S, Geylang FC 3-0 pada aksi minggu lalu.

Perlawanan kedua ini adalah pentas terbaik buat Ketua Jurulatih Bos Gaurus, Yusri Che Lah menguji kemampuan anak buahnya.

Yusri dalam usaha mengukuhkan pasukan mendapat khidmat ramai muka baru di bahagian benteng, tengah dan serangan.

Tiga import baharu turut diikat oleh Yusri iaitu penyerang muda dari Korea, Lee Tae Min, Luiz Motta dari Brazil serta kapten B-23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.

Setakat ini Yusri serta lebih 2,000 penyokong sudah perpeluang melihat trio itu beraksi, Sabtu lalu.

Mereka beraksi selama 45 minit dan dijangka diuji lagi malam esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN