PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa kerajaan cuba menutup mulut ahli parlimen pembangkang melalui saman sivil mahkamah. Wan Ahmad Fayhsal berkata, laporan polis yang dibuat adalah satu cara untuk menakutkan ahli-ahli parlimen pembangkang bagi mengheret ke mahkamah apabila melakukan pendedahan-pendedahan bagi kepentingan rakyat. “Saya telah membacakan laporan polis dalam satu sidang media di Parlimen Malaysia berkenaan tindak tanduk bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri,…










